Thursday, 25 April 2013

TEKNIK RUKUK SECARA BIO TERAPI SOLAT


TEKNIK RUKUK 90 DARJAH (WANITA)
TEKNIK RUKUK 90 DARJAH (LELAKI)

Di dalam Bengkel Bio Terapi Solat, peserta diajar teknik rukuk 90 darjah dengan step yang betul. Antaranya ialah teknik melentikkan badan supaya tulang belakang dapat diluruskan. Teknik meletakkan jari ke lutut untuk merawat sakit lutut.Teknik pernafasan perut akan dipelajari untuk mendapatkan oksigen yang berkualiti ketika solat.


Teknik rukuk yang ideal ialah dengan membengkokkan badan pada sudut 90 darjah. Caranya ialah dengan membengkokkan badan dengan ( meluruskan kaki )sambil melentikkan badan ke hadapan. Kepala berada pada garis lurus dengan bahu dan tulang belakang. Letakkan kedua tangan ke atas kedua lutut dengan merenggangkan jari jemari sambil menekan kepala lutut. Renggangkan siku daripada perut . Usahakan rukuk sekurang-kurangnya 15 saat (sambil membaca tasbih)

 
Teknik ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud
“Dan apabila Nabi SAW rukuk, beliau menempatkan tangannya di lututnya dan tunduk meluruskan belakangnya”. (Hadis riwayat Bukhari)
Di dalam hadis yang lain bermaksud
“Sesungguhnya Nabi SAW  apabila rukuk, nabi merenggangkan (membuka) jari-jarinya, dan apabila sujud nabi merapatkan jari-jarinya.” (Riwayat Abu Daud, al-Hakim, al-Baihaqi dan ad-Dar qutni)
Postur ini menjaga kesempurnaan fungsi tulang belakang sebagai penyangga tubuh dan pelindung sistem saraf serta mengurangkan tekanan antara tulang-tulang belakang. Gerakan ini merenggangkan ruas antara tulang belakang dengan memanipulasi aliran cecair cerebrospinal (celebral spinal fluid) di dalam otak dan tulang belakang .
 
Postur rukuk juga dapat melembutkan ruas-ruas tulang belakang bagi mengurangkan kesakitan waktu bersalin khususnya bagi wanita.
Posisi rukuk juga dapat melancarkan aliran darah ke otak, kerana jantung berada pada garis lurus untuk mengepam darah terus ke otak. Usahakan menarik nafas yang dalam ketika rukuk (sekurang-kurangnya sekali) untuk mendapatkan oksigen (O2) yang optimum. Postur ini merupakan  terapi untuk menurunkan tekanan darah tinggi (hypertension), jantung, migrain dan stress.
Postur rukuk juga dapat merenggangkan otot peha dan betis. Melembutkan otot-otot di perut dan pada buah pinggang. Teknik rukuk yang betul juga adalah rawatan yang berkesan  bagi merawat sakit pinggang (lower back pain).
 
Tangan yang menekan kepala lutut adalah berfungsi untuk membuka tempurung lutut supaya oksigen (O2) dapat dialirkan dengan baik ke lutut. Ia juga adalah terapi untuk menguatkan lutut.
Postur peralihan rukuk ke iktidal juga memberi tekanan pada pundi kencing bagi melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.











No comments:

Post a Comment