PERBEZAAN BIO TERAPI SOLAT DENGAN SOLAT BIASA
Sememangnya terdapat perbezaan antara bio terapi solat
dengan solat harian yang lazim diamalkan. Perbezaannya ialah dari teknik
gerakan bio terapi solat yang lebih menepati sunah Rasulullah SAW. Oleh itu,
bio terapi solat ialah kaedah solat yang lebih sempurna untuk mendapatkan
khusyuk secara biologi, sehingga mampu
mencegah dan merawat penyakit.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Mukminun yang bermaksud
“Sesungguhnya beruntunglah (berjayalah) orang-orang yang
beriman. Iaitu orang-orang yang khusyuk
di dalam solatnya.”
Terdapat 8 teknik bio terapi solat
• Masa
(awal waktu)
• Refresh minda (niat)
• Teknik sebutan (tajwid)
• Teknik pernafasan
• Teknik mendengar
• Teknik melihat (matafokus pada
tempat sujud)
• Teknik imaginasi
• Teknik pergerakan
MODUL BIO TERAPI SOLAT INI TELAH DIBENTANGKAN DI JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DAN TIADA PERCANGGAHAN DENGAN HUKUM SYARAK. MALAH TEKNIK BIO TERAPI SOLAT MERUPAKAN KAEDAH SOLAT UNTUK MENCAPAI KESEMPURNAAN SOLAT YANG DITUNTUT DI DALAM ISLAM.

No comments:
Post a Comment