Monday 29 April 2013

GELOMBANG ALPHA (KETENANGAN KETIKA IKTIDAL)


IKTIDAL BERSERTA TOMAKNINAH

Iktidal merupakan postur pergerakan selepas rukuk dengan cara dan teknik takbiratul ihram. Kedua-dua tangan diangkat ke paras telinga sambil jari direnggangkan dengan membaca tasmi’. Manakala tamakninah ialah berhenti seketika supaya tulang belakang ditegakkan. Kajian saintifik terhadap isyarat otak terhadap solat secara tamakninah amat menakjubkan. Hasil kajian tersebut mendapati ibadat solat secara tamakninah menghasilkan keadaan tenang pada otak manusia secara maksimum, terutamanya ketika iktidal berserta tamakninah. Oleh itu, postur ini dapat memberi kestabilan emosi dan mental seseorang dalam pelbagai situasi yang genting.

No comments:

Post a Comment