Monday, 29 April 2013

DUDUK ANTARA DUA SUJUD (DUDUK IFTIRASY)- TERAPI GOUT

KETIKA DUDUK IFTIRASY, TAHAP REGANGAN SEPERTI AKUPANTUR YANG BERFUNGSI MENGAKTIFKAN SARAF ORGAN YANG PENTING BAGI TUBUH BADAN. BAGI ORANG YANG TIDAK BIASA TEKNIK INI, AKAN MERASAI SAKIT KERANA SENDI-SENDINYA KERAS. OLEH ITU, MESTI PRAKTIS DAN LAKUKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT UNTUK MEMASTIKAN PERJALANNA DARAH YANG LANCAR. TEKNIK DUDUK IFTIRASY JUGA DAPAT MENGELAKKAN SESEORANG ITU DARI PELBAGAI PENYAKIT SEPERTI GOUT KERANA DAPAT MEMECAHKAN LEMAK URIK ASID DI BAWAH TAPAK KAKI.

Di dalam bengkel Bio Terapi Solat, akan didedahkan teknik duduk iftirasy bagi orang sakit, kemalangan, gout dan seumpamanya dengan lebih jelas dan terperinci.
 
DUDUK ANTARA DUA SUJUD (DUDUK IFTIRASY)

Duduk antara dua sujud juga dikenali sebagai duduk iftirasy iaitu duduk selepas sujud. Posisi duduk iftirasy juga sama dengan duduk tahiyat awal. Disebutkan di dalam Sahih Bukhari yang maksudnya:

“Apabila Nabi SAW duduk di antara dua rakaat, maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya”
Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada di atas peha dan Nabi SAW juga meletakkan sikunya di atas pehanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian lutut.
Pada kedudukan ini, tumit menekan otot-otot pangkal peha yang besar di mana posisi ini dapat melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung. Selain itu juga, posisi ini juga dapat menghindarkan dan menjadi penawar penyakit saraf pangkal peha dan prostat.
Keadaan kaki kanan ketika duduk iftirasy ini hendaklah dipacakkan sambil membengkokkan hujung jari kaki. Kajian perubatan mendapati bahawa perlakuan membengkokkan jari kaki ini dapat mengurangkan jisim lemak badan. Manakala tisu otot pula dapat ditingkatkan. Posisi  ini merupakan terapi dan rawatan untuk mengurangkan pelbagai penyakit seperti sakit jantung, gout dan strok kerana kolesterol badan dan lemak asid urik  dapat dikurangkan.
Manakala bagi mereka yang tidak membengkokkan jari kaki ketika duduk iftirasy ini akan menghadapi risiko pertambahan jisim lemak badan. Manakala jisim tanpa lemak pula berkurangan. Ini menyebabkan tisu otot mengecut dan ruang tersebut pula mula dipenuhi dengan gumpalan lemak badan. Keadaan ini menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit jantung, strok, gout dan kegemukkan.
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Sagiran mendapati bahawa posisi duduk ini dapat menghentikan aliran darah utama ke punggung dan menambahkan aliran darah ke otak dan organ dalam yang lain. Pada masa yang sama melancarkan peredaran darah di kaki.
Duduk iftirasy juga dapat mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian peha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh sehingga mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan peha. Ini adalah rawatan dan terapi bagi menjaga kesihatan buah pinggang kerana bahan toksik dan mineral dapat dikeluarkan melalui kelenjar peluh dan mengurangkan bebanan pada buah pinggang untuk memproses bahan-bahan tersebut.

1 comment: