Di dalam bengkel Bio Terapi Solat akan didedahkan teknik bacaan dengan mengawal pernafasan yang betul ketika sujud supaya oksigen yang optimum dapat diperolehi oleh tubuh badan di samping dapat merawat pelbagai penyakit.
SUJUD
Pergerakkan sujud di dalam solat dimulai dengan meletakkan
kedua-dua lutut, kemudian tangan, seterusnya dahi di lantai. Manakala jari kaki
dipacak sambil melentik dan menekan ke lantai. Adapun hidung adalah sunat. Kedua-dua belah tangan hendaklah
direnggangkan dari tubuh badan. Manakala siku diangkat supaya tidak menyentuh
lantai. Dahi dan muka berada di antara kedua-dua tangan. Manakala jari-jari
dirapatkan. Tekan dahi ke tempat sujud sambil mengangkat sedikit punggung ke
atas. Usahakan sujud sekurang-kurangnya 15 saat atau lebih.
Postur sujud ini dijelaskan di dalam sebuah hadis yang
disepakati oleh majoriti ulama yang bermaksud
“Rasulullah SAW apabila sujud, meletakkan kedua-dua lututnya
sebelum tangannya, dan apabila bangkit mengangkat kedua-dua belah tangannya
sebelum lutut” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai)
Hadis berikutnya Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:
“Apabila kamu bersujud, hendaklah kamu menekankan dahimu ke
bumi dan jangan mencecah cepat semata-mata.” (hadis sahih yang diriwayatkan
oleh Ibn Hibban)
Hadis seterusnya
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Apabila sujud, letakkanlah kedua-dua telapak tangan kamu,
dan angkatlah siku kamu” (Riwayat Muslim dan Ahmad)
No comments:
Post a Comment