Tuesday 29 October 2013

KLINIK BIO SMART SOLAT



















KANDUNGAN KURSUS
* Konsep solat dalam Islam & sains
* Konsep sukses dalam pelajaran bagi orang yang solat
* Teknik mengawal pendengaran dalam solat
* Teknik fokus dalam pelajaran melalui solat
* Teknik khusyuk & tamakninah dalam solat dan aplikasi dalam pelajaran
* Teknik pernafasan efektif dalam solat untuk kecergasan minda

* Teknik fisiologi solat untuk kecergasan fizikal, mental dan spiritual
* Teknik zikir untuk mengaktifkan dan menguatkan ingatan.
* Perbezaan solat lelaki dan wanita.
* Terapi solat awal waktu
* Terapi solat berjemaah
* Terapi wuduk
* Terapi azan
* Terapi doa penguat jiwa

FAEDAH PADA ORGANISASI
* Membina modal insan yang seimbang antara keperluan fizikal, spiritual, emosional dan intelektual
* Memandu arah organisasi untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat
* Membentuk jati diri pelajar dan pekerja selaras dengan tuntutan ibadah dan etika
* Melonjakkan nilai kerja yang berkualiti hasil dari ibadah yang berkualiti

SIAPA YANG PATUT HADIR
Sesuai dihadiri oleh semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan nilai ibadah yang berkualiti di samping mendalami rahsia terapeutik solat dalam meningkatkan tahap kesihatan  dan penumpuan dalam pelajaran secara holistik.










Tuesday 30 April 2013

BENGKEL BIO TERAPI SOLAT





HUBUNGI:013-4300654




























* Pelajari teknik pernafasan terapeutik dalam solat.


* Teknik meluruskan tulang belakang ketika rukuk.

* Teknik meregangkan jari ketika rukuk untuk terapi sakit lutut

* Teknik rukuk 90 darjah untuk rawatan sakit pinggang dan buah pinggang

* Teknik melentikkan jari kaki ketika duduk tawaruk dan iftirasy untuk elak obesiti dan gout

* Teknik sujud untuk terapi jantung, darah tinggi dan kanser.

* Teknik memberi salam untuk keanjalan kulit wajah

* Teknik penghayatan azan dan wuduk untuk melegakan stress.


 
Kandungan Kursus:
Konsep solat dalam Islam & sains
Konsep sakit dan rawatan dalam Islam & sains
Teknik pergerakan dalam fisioterapi solat
Teknik bacaan dan pernafasan dalam solat
Teknik imaginasi dan khusyuk
Teknik fokus
Teknik mengawal pendengaran dalam solat
Perbezaan solat lelaki dan wanita.
Terapi solat awal waktu
Terapi solat berjemaah
Terapi wuduk
Terapi azan
Terapi doa penguat jiwa
Terapi wirid dan zikir penenang hati di dalam solat
Terapi istighfar dan air mata keinsafan

IKHLAS DALAM SOLAT BOLEH DIUKUR

IKHLAS DALAM SOLAT BOLEH DIUKUR
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Muhammad Salleh mengenai Terapi Solat Tahajjud mendapati bahawa solat yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat secara terpaksa akan meningkatkan paras hormon kartisol yang menjadi punca stress.

APAKAH HORMON KARTISOL?

Kartisol adalah sejenis hormon yang dirembeskan oleh kalenjer adrenal kesan dari tindak balas stres dan kerana tahap glucocorticoids darah yang rendah. Tugas utamanya untuk menaikkan paras gula darah semasa proses gluconeogenesis, menekan sistem pertahanan badan, membantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat.

Hormon kartisol juga dirembeskan dengan banyak di dalam membantu pembentukkan paru-paru janin pada minggu ke 30-32 kandungan.

BAGAIMANA CARA MENURUNKAN PARAS HORMON KARTISOL?

1) Ikhlaskan hati di dalam melakukan ibadah dan kerja-kerja kita di dunia ini kerana hati yang ikhlas membantu mengharungi segala kepayahan hidup di dunia ini, seterusnya dapat menurunkan paras hormon kartisol ini untuk mengurangkan stres. Hati jadi kuat dan tenang. Metabolisma meningkat dan daya tahan tubuh juga mampu melawan penyakit.

2) Bangun untuk solat malam kerana hormon kartisol berada pada paras yang paling rendah di awal pagi iaitu sekitar pukul 4 pagi hinggalah saat bangun tidur. Solat malam juga dapat meningkatkan tahap khusyuk dan seterusnya dapat menurunkan paras hormon kartisol. Oksigen yang terdapat di awal pagi ini juga mengandungi triple oksigen yang berupaya merawat dan menyembuhkan penyakit.

3) Bersenam, terapi muzik, urutan, ketawa, menangis, vitamin c, teh hitam, menari tango dan jima' (yang sah dalam Islam), dapat membantu menurunkan paras hormon kartisol juga. Oleh itu, apabila mengalami stress, peluklah pasangan anda dengan ikhlas dan penuh kasih sayang supaya paras hormon kartisol dapat diturunkan walaupun stres itu berpunca dari pasangan itu sendiri.

APAKAH FAKTOR YANG MENINGKATKAN PARAS HORMON KARTISOL?

Terdapat beberpa faktor yang menyebabkan paras hormon kartisol itu meningkat yang ada hubungan secara langsung dengan paras hormon adrenocorticotropic (ACTH). Beberapa keadaan lain seperti demam, kemurungan, stres, kesakitan, trauma, pembedahan, ketakutan, perubahan cuaca ekstrem, kafein, sukar tidur, melecur, anorexia nervosa, pil perancang dan berulang alik menempuh perjalanan yang jauh juga mempengaruhi tahap rembesan hormon kartisol.

Monday 29 April 2013

GELOMBANG ALPHA (KETENANGAN KETIKA IKTIDAL)


IKTIDAL BERSERTA TOMAKNINAH

Iktidal merupakan postur pergerakan selepas rukuk dengan cara dan teknik takbiratul ihram. Kedua-dua tangan diangkat ke paras telinga sambil jari direnggangkan dengan membaca tasmi’. Manakala tamakninah ialah berhenti seketika supaya tulang belakang ditegakkan. Kajian saintifik terhadap isyarat otak terhadap solat secara tamakninah amat menakjubkan. Hasil kajian tersebut mendapati ibadat solat secara tamakninah menghasilkan keadaan tenang pada otak manusia secara maksimum, terutamanya ketika iktidal berserta tamakninah. Oleh itu, postur ini dapat memberi kestabilan emosi dan mental seseorang dalam pelbagai situasi yang genting.

TEKNIK SUJUD BAGI WANITA




  • PUNGGUNG DIANGKAT TINGGI .
  • MANAKALA KAKI, PAHA,LUTUT DIRAPATKAN.
  • SIKU DILETAKKAN DI ATAS PAHA.
  • SUJUD 15 SAAT, JANGAN KURANG. LEBIH DIGALAKKAN
  • TEKNIK INI MENYEBABKAN SEDIKIT PENING, TETAPI ITU ADALAH KESAN AWAL RAWATAN. LAMA-KELAMAAN SIMTOM ITU AKAN HILANG DAN BADAN AKAN LEBIH SIHAT.
  • AMALKAN TEKNIK PERNAFASAN PERUT KETIKA SUJUD
Di dalam bengkel Bio Terapi Solat akan diajar teknik pernafasan perut ketika membaca tasbih semasa sujud. Teknik pernafasan ini amat penting untuk terapi dan rawatan penyakit.

POSTUR SUJUD WANITA

Berpandukan sebuah hadis yang bermaksud

“Dan wanita tidak merenggangkan (lengan dari rusuknya)” (Riwayat abu Daud dalam Marasil)

Berpandukan hadis tersebut, imam shafiey berijtihad bahawa wanita tidak perlu merenggangkan siku dari badannya sebagaimana lelaki.

Sujud yang wajib setiap hari sebanyak 34 kali. Postur sujud ini dapat meningkatkan aliran darah ke otak kerana kedudukan jantung lebih tinggi dari kepala. Secara automatiknya oksigen (O2) yang optimum dapat disalurkan ke otak. Menurut kajian Dr. Othman Nasir, terdapat banyak manfaat dari segi perubatan apabila seseorang itu bernafas ketika sujud. Antaranya ialah:

1.       Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2.       Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus)

3.       Melegakan sakit hernia

4.       Mengurangkan sakit senggugut bagi waniata ketika haid

5.       Melegakan bahagian atas paru-paru daripada ketegangan

6.       Mengurangkan kesakitan pada pesakit  appendiks atau limpa

7.       Mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh

8.       Meringankan bahagian pelvis

9.       Mengatasi masalah sukar tidur malam (insomnia)

10.   Meregangkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung (ketika mahu sujud dan bangun darinya.) Gerakkan otot-otot itu menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik, akan memastikan kelincinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation)

11.   Bagi wanita, gerakkan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusu dan terhindar dari penyakit.

12.   Mengurangkan obesity.

13.   Gerakkan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakkan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit bergelombang perut (convulsions)

14.   Bekalan darah yang beroksigen dapat disalurkan ke otak secara optimum

15.   Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima darah ke otak secara kuat dan mengejut. Ini dapat mengelakkan penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessels dan arterioseclerosis of cerebrum

16.   Dapat merawat penyakit hati seperti riyak, sombong dan takabur kerana posisi sujud adalah lambang  kerendahan hati seorang hamba ke pada Allah SWT

Kontraksi daripada otot-otot rangka yang membantu pergerakkan darah di dalam saluran vena serta tarikan graviti semulajadi meringankan beban aktiviti jantung mengepam darah per minit. Menurut kajian saintifik, posisi sujud mencatatkan denyutan jantung per minit antara 72 dan 73 denyutan per minit berbanding keadaan biasa antara 80-90 denyutan perminit. Oleh itu, posisi sujud merupakan terapi dan rawatan yang efektik bagi masalah kardiovaskular.

 HADITH MENGENAI KELEBIHAN SUJUD

       Keadaan manusia yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah ketika melihat seorang itu sujud dan dahinya menyentuh ke tanah

       Allah s,w.t telah mengharamkan api neraka daripada menyentuh anggota sujud

       Seorang itu sangat hampir dengan Allah s.w.t ketika dia dalam keadaan sujud

TEKNIK SUJUD SECARA TERAPI (LELAKI)



Di dalam bengkel Bio Terapi Solat akan didedahkan teknik bacaan dengan mengawal pernafasan yang betul ketika sujud supaya oksigen yang optimum dapat diperolehi oleh tubuh badan di samping dapat merawat pelbagai penyakit.

SUJUD

Pergerakkan sujud di dalam solat dimulai dengan meletakkan kedua-dua lutut, kemudian tangan, seterusnya dahi di lantai. Manakala jari kaki dipacak sambil melentik dan menekan ke lantai. Adapun  hidung adalah sunat.  Kedua-dua belah tangan hendaklah direnggangkan dari tubuh badan. Manakala siku diangkat supaya tidak menyentuh lantai. Dahi dan muka berada di antara kedua-dua tangan. Manakala jari-jari dirapatkan. Tekan dahi ke tempat sujud sambil mengangkat sedikit punggung ke atas. Usahakan sujud sekurang-kurangnya 15 saat atau lebih.

Postur sujud ini dijelaskan di dalam sebuah hadis yang disepakati oleh majoriti ulama yang bermaksud

“Rasulullah SAW apabila sujud, meletakkan kedua-dua lututnya sebelum tangannya, dan apabila bangkit mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum lutut” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai)

Hadis berikutnya Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:

“Apabila kamu bersujud, hendaklah kamu menekankan dahimu ke bumi dan jangan mencecah cepat semata-mata.” (hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban)

Hadis seterusnya  Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Apabila sujud, letakkanlah kedua-dua telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu” (Riwayat Muslim dan Ahmad)

PERBEZAAN SUJUD KETIKA SOLAT DAN MIMIC (MENIRU GAYA SUJUD)


PERBEZAAN SUJUD KETIKA SOLAT DAN MIMIC (MENIRU GAYA SUJUD)

Menurut kajian yang dilakukan oleh (N.A Salleh. 2009) terhadap gerakan sujud ketika solat dan mimic iaitu meniru gaya sujud, mendapati gelombang alpha lebih tinggi ketika sujud berbanding pergerakan meniru gaya sujud. Ini menunjukkan bahawa sujud kepada Allah mempunyai keistimewaan yang tersendiri sebagai lambang kepatuhan dan tunduk kepada Allah yang maha agong. Pergerakan sujud juga diikuti dengan bacaan-bacaan yang membesarkan Allah sebagai ibadah.

DUDUK ANTARA DUA SUJUD (DUDUK IFTIRASY)- TERAPI GOUT




KETIKA DUDUK IFTIRASY, TAHAP REGANGAN SEPERTI AKUPANTUR YANG BERFUNGSI MENGAKTIFKAN SARAF ORGAN YANG PENTING BAGI TUBUH BADAN. BAGI ORANG YANG TIDAK BIASA TEKNIK INI, AKAN MERASAI SAKIT KERANA SENDI-SENDINYA KERAS. OLEH ITU, MESTI PRAKTIS DAN LAKUKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT UNTUK MEMASTIKAN PERJALANNA DARAH YANG LANCAR. TEKNIK DUDUK IFTIRASY JUGA DAPAT MENGELAKKAN SESEORANG ITU DARI PELBAGAI PENYAKIT SEPERTI GOUT KERANA DAPAT MEMECAHKAN LEMAK URIK ASID DI BAWAH TAPAK KAKI.

Di dalam bengkel Bio Terapi Solat, akan didedahkan teknik duduk iftirasy bagi orang sakit, kemalangan, gout dan seumpamanya dengan lebih jelas dan terperinci.
 
 
DUDUK ANTARA DUA SUJUD (DUDUK IFTIRASY)

Duduk antara dua sujud juga dikenali sebagai duduk iftirasy iaitu duduk selepas sujud. Posisi duduk iftirasy juga sama dengan duduk tahiyat awal. Disebutkan di dalam Sahih Bukhari yang maksudnya:

“Apabila Nabi SAW duduk di antara dua rakaat, maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya”
Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada di atas peha dan Nabi SAW juga meletakkan sikunya di atas pehanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian lutut.
Pada kedudukan ini, tumit menekan otot-otot pangkal peha yang besar di mana posisi ini dapat melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung. Selain itu juga, posisi ini juga dapat menghindarkan dan menjadi penawar penyakit saraf pangkal peha dan prostat.
Keadaan kaki kanan ketika duduk iftirasy ini hendaklah dipacakkan sambil membengkokkan hujung jari kaki. Kajian perubatan mendapati bahawa perlakuan membengkokkan jari kaki ini dapat mengurangkan jisim lemak badan. Manakala tisu otot pula dapat ditingkatkan. Posisi  ini merupakan terapi dan rawatan untuk mengurangkan pelbagai penyakit seperti sakit jantung, gout dan strok kerana kolesterol badan dan lemak asid urik  dapat dikurangkan.
Manakala bagi mereka yang tidak membengkokkan jari kaki ketika duduk iftirasy ini akan menghadapi risiko pertambahan jisim lemak badan. Manakala jisim tanpa lemak pula berkurangan. Ini menyebabkan tisu otot mengecut dan ruang tersebut pula mula dipenuhi dengan gumpalan lemak badan. Keadaan ini menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit jantung, strok, gout dan kegemukkan.
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Sagiran mendapati bahawa posisi duduk ini dapat menghentikan aliran darah utama ke punggung dan menambahkan aliran darah ke otak dan organ dalam yang lain. Pada masa yang sama melancarkan peredaran darah di kaki.
Duduk iftirasy juga dapat mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian peha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh sehingga mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan peha. Ini adalah rawatan dan terapi bagi menjaga kesihatan buah pinggang kerana bahan toksik dan mineral dapat dikeluarkan melalui kelenjar peluh dan mengurangkan bebanan pada buah pinggang untuk memproses bahan-bahan tersebut.


 

   

 

Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada di atas peha dan Nabi SAW juga meletakkan sikunya di atas pehanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian lutut.

Pada kedudukan ini, tumit menekan otot-otot pangkal peha yang besar di mana posisi ini dapat melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung. Selain itu juga, posisi ini juga dapat menghindarkan dan menjadi penawar penyakit saraf pangkal peha dan prostat.

Keadaan kaki kanan ketika duduk iftirasy ini hendaklah dipacakkan sambil membengkokkan hujung jari kaki. Kajian perubatan mendapati bahawa perlakuan membengkokkan jari kaki ini dapat mengurangkan jisim lemak badan. Manakala tisu otot pula dapat ditingkatkan. Posisi  ini merupakan terapi dan rawatan untuk mengurangkan pelbagai penyakit seperti sakit jantung, gout dan strok kerana kolesterol badan dan lemak asid urik  dapat dikurangkan.

Manakala bagi mereka yang tidak membengkokkan jari kaki ketika duduk iftirasy ini akan menghadapi risiko pertambahan jisim lemak badan. Manakala jisim tanpa lemak pula berkurangan. Ini menyebabkan tisu otot mengecut dan ruang tersebut pula mula dipenuhi dengan gumpalan lemak badan. Keadaan ini menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit jantung, strok, gout dan kegemukkan.

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Sagiran mendapati bahawa posisi duduk ini dapat menghentikan aliran darah utama ke punggung dan menambahkan aliran darah ke otak dan organ dalam yang lain. Pada masa yang sama melancarkan peredaran darah di kaki.

Duduk iftirasy juga dapat mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian peha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh sehingga mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan peha. Ini adalah rawatan dan terapi bagi menjaga kesihatan buah pinggang kerana bahan toksik dan mineral dapat dikeluarkan melalui kelenjar peluh dan mengurangkan bebanan pada buah pinggang untuk memproses bahan-bahan tersebut.