- PUNGGUNG DIANGKAT TINGGI .
- MANAKALA KAKI, PAHA,LUTUT DIRAPATKAN.
- SIKU DILETAKKAN DI ATAS PAHA.
- SUJUD 15 SAAT, JANGAN KURANG. LEBIH DIGALAKKAN
- TEKNIK INI MENYEBABKAN SEDIKIT PENING, TETAPI ITU ADALAH KESAN AWAL RAWATAN. LAMA-KELAMAAN SIMTOM ITU AKAN HILANG DAN BADAN AKAN LEBIH SIHAT.
- AMALKAN TEKNIK PERNAFASAN PERUT KETIKA SUJUD
Di dalam bengkel Bio Terapi Solat akan diajar teknik pernafasan perut ketika membaca tasbih semasa sujud. Teknik pernafasan ini amat penting untuk terapi dan rawatan penyakit.
POSTUR SUJUD WANITA
Berpandukan sebuah hadis yang bermaksud
“Dan wanita tidak merenggangkan (lengan dari rusuknya)”
(Riwayat abu Daud dalam Marasil)
Berpandukan hadis tersebut, imam shafiey berijtihad bahawa
wanita tidak perlu merenggangkan siku dari badannya sebagaimana lelaki.
Sujud yang wajib setiap hari sebanyak 34 kali. Postur sujud
ini dapat meningkatkan aliran darah ke otak kerana kedudukan jantung lebih
tinggi dari kepala. Secara automatiknya oksigen (O2) yang optimum
dapat disalurkan ke otak. Menurut kajian Dr. Othman Nasir, terdapat banyak
manfaat dari segi perubatan apabila seseorang itu bernafas ketika sujud.
Antaranya ialah:
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar
sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus)
3. Melegakan sakit hernia
4. Mengurangkan sakit senggugut bagi waniata
ketika haid
5. Melegakan bahagian atas paru-paru daripada
ketegangan
6. Mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks atau limpa
7. Mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh
8. Meringankan bahagian pelvis
9. Mengatasi masalah sukar tidur malam (insomnia)
10. Meregangkan otot bahu, dada, leher, perut,
punggung (ketika mahu sujud dan bangun darinya.) Gerakkan otot-otot itu
menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik, akan memastikan
kelincinan perjalanan darah yang baik (smooth
blood circulation)
11. Bagi wanita, gerakkan otot itu menjadikan buah
dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusu dan terhindar dari penyakit.
12. Mengurangkan obesity.
13.
Gerakkan
bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakkan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakit bergelombang perut (convulsions)
14. Bekalan darah yang beroksigen dapat disalurkan
ke otak secara optimum
15. Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba
menerima darah ke otak secara kuat dan mengejut. Ini dapat mengelakkan penyakit
seperti apoplexia rupture of blood
vessels dan arterioseclerosis of
cerebrum
16. Dapat merawat penyakit hati seperti riyak,
sombong dan takabur kerana posisi sujud adalah lambang kerendahan hati seorang hamba ke pada Allah
SWT
Kontraksi daripada otot-otot
rangka yang membantu pergerakkan darah di dalam saluran vena serta tarikan graviti semulajadi meringankan beban aktiviti
jantung mengepam darah per minit. Menurut kajian saintifik, posisi sujud
mencatatkan denyutan jantung per minit antara 72 dan 73 denyutan per minit
berbanding keadaan biasa antara 80-90 denyutan perminit. Oleh itu, posisi sujud
merupakan terapi dan rawatan yang efektik bagi masalah kardiovaskular.
HADITH MENGENAI KELEBIHAN SUJUD
• Keadaan manusia
yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah ketika melihat seorang itu sujud dan
dahinya menyentuh ke tanah
• Allah s,w.t
telah mengharamkan api neraka daripada menyentuh anggota sujud
• Seorang itu
sangat hampir dengan Allah s.w.t ketika dia dalam keadaan sujud